Monday 10 June 2013

KURSUS KAD HIJAU UNTUK SEMUA PEKERJA SEKTOR PEMBINAAN

Selaras dengan Akta Parlimen 520 memperuntukan bahawa semua pekerja dan orang yang terlibat dengan sektor pembinaan wajib memiliki kad hijau sebelum layak memasuki kawasan pembinaan dan memulakan kerja.

Kelebihan yang diperolehi daripada Kad hijau ini adalah setiap pemilik syarikat dan pekerja tempatan atau warga asing diberi perlindungan insuran sekiranya berlaku sebarang musibah yang menimpa dan papampasan  akan diberikan kepada waris sekiranya pemilik kad hijau maut ketika sedang bekerja. Ini sedikit sebanyk dapat membela dan meringankan beban keluarga si mati untuk meneruskan kehidupan.

Jadi kepada semua pemilik syarikat yang masih tidak memiliki kad hijau atau pekerjanya masih tidak memiliki kad hijau pihak kami menyediakan kursus ini kepada anda dan kursus ini dikendalikan oleh CIDB.

Sekiranya anda ingin mengadakan kursus di tempat atau lokasi berhampiran kawasan anda, hanya perlu seramai 30 orang dan pihak kami akan menguruskan tarikh dan segala proses pendaftaran sehingga kad hijau anda diserahkan akan diuruskan oleh pihak kami. Sekiranya berminat sila hubungi 013 2446021 En. Azman untuk maklumat lanjut.

LESEN BARU G2-G7 PERLU BERSYARAT

Seiring dengan arus pemodenan dan permintaan terhadap kerjaya sebagai seorang kontrraktor kini telah diperkasakan. Dua agensi berkaitan sektor ini CIDB dan Pusat Khidmat Kontrktor PKK telah membuat satu garis panduan bagi memastikan hanya bakal kontrktor yang berkualiti sahaja yang akan bersama kontraktor sediada.

CIDB telah menetapkan beberapa syarat antaranya bakal kontrktor mesti sekurang-kurangnya mempunyai nilai projek sebanyak RM 700,000.00 sebelum layak mendapat sijik Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) di samping perlu melalui penilaian SKOR oleh CIDB. 

Manakala bagi PKK pula setiap bakal kontraktor baru mesti sudah memiliki SPKK sebelum layak untuk mengikuti kursus permohonan taraf bumiputera yang dikendalikan  oleh Biro Tatanegara. Selain itu setiap kursus Anjuran PKK juga melayakan anda mendapat mata CCD Point.

Sunday 20 January 2013

KURSUS PEMBAHARUAN TARAF BUMI PKK BERMULA

Satu siri kursus pembaharuan taraf Bumiputra bagi pemilik lesen G1-G7 akan berlangsung buat pertama kalinya di Selangor. Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Selangor. Siri kursus ini akan berlangsung di bilik mesyuarat PKK Selangor pada 22 Januari 2013.

Jumlah peserta pada setiap sesi adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Para kontraktor wajib menghadiri satu hari seminar tersebut yang mana melayakan pebaharuan taraf Bumiputera dan CCD point sebanyak 10 mata oleh CIDB Selangor.

Setiap kontraktor yang hadir diwajibkan berpakaian Formal, kemas dan menutup aurat.

Thursday 10 January 2013

SEMINAR ISU SEMASA CIDB

Satu seminar berkaitan TAKLIMAT ISU SEMASA CIDB BERSAMA KONTRAKTOR G1 akan meneruskan siri jelajahnya di Selangor yang merupakan kali ke enam dan yang terakhir selepas Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang & Kuala Langat, Klang, Gombak & Hulu Selangor. Daerah Petaling akan menjadi tuan rumah dan penutup tirai bagi siri jelajah berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Taman Kesenian Islam Sek. 10. Shah Alam pada 14 Januari 2013 ini.

Kehadiran Pengarah CIDB Selangor Sr. Zaid Zakaria dan pegawainya En. Mat Said dalam setiap siri penerangan menunjukkan keperihatinan pihak CIDB Selangor dalam mendekati dan memahami masalah yang dihadapi oleh kontraktor khususnya di Selangor.

Sokongan kuat daripada AJK Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia negeri Selangor dan juga Pengerusi PKMM Daerah juga dapat dilihat dan turut sama mengikuti siri jelajah berkenaan.

Diharap seminar ini akan memperjelaskan berkenaan kelebihan dan kebaikan sistem 1 Roc yang telah dilaksanakan.

PENDAFTARAN KURSUS KAD HIJAU

Pihak urusetia kursus PKMM Sel kini menganjurkan kursus KAD HIJAU satu hari kepada semua yang berada dalam industri binaan. Yuran pendaftaran meliputi:

1-Sewa bilik seminar dan peralatan
2-Jamuan 2x
3-Urusan Pendaftaran
4-Urusan pendaftaran meliputi online key in, dan kemaskini data peserta.
5-Gambar anda akan diambil secara PERCUMA. anda hanya perlu hadir seminar sahaja.

Penceramah pula adalah terdiri daripada pegawai yang bertauliah daripada CIDB. Segala urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pihak urusetia dan anda hanya tunggu KAD HIJAU diserahkan.

Bilangan bagi setiap sesi adalah seramai 40 orang dan permohonan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Jika anda bercadang untuk menghadiri secara berkumpulan anda hanya perlu mengumpulkan borang dan hantar kepada kami untuk tindakan.

YURAN RM 150 (tempat seminar + makan minum+ proses pendaftaran / dokumentasi + penyerahan kad)



BORANG PERMOHONAN KURSUS KAD HIJAU

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 016-3573260 (En. Azis Arabia) / 013-2446021 (En. Azman)


Syarat Permohonan Taraf Bumiputera

SYARAT BARU TARAF BUMIPUTERA

 Bagi gred G2 hingga G7, permohonan hanya boleh dikemukakan setelah Sijil Perolehan Kerja Kerajaan
 (SPKK) telah diluluskaan oleh CIDB / masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya 3 bulan.

 Bagi Gred G1 (Bumiputera) / Kelas F, Permohonan hanya boleh dikemukakan setelah Perakuan
 Pendaftaran Kontraktor telah diluluskan oleh CIDB / masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya 3
 bulan.

PERMOHONAN PERUBAHAN MAKLUMAT

Permohonan perubahan maklumat tersebut wajib dikemukakan ke pusat ini setelah perubahan maklumat tersebut diluluskan oleh CIDB terlebih dahulu.


PENDAFTARAN BARU CIDB & SPKK DIBUKA 15 JANUARI 2013

Untuk makluman permohonan untuk pendaftaran baru kontraktor awam di bawah CIDB / SPKK & PKK akan mula dibuka semula kepada bakal kontraktor yang layak bagi Gred G2, G3, G4, G5, G6 & G7. Manakala bagi Gred G1 (Kelas F) masih dibekukan. Pengumuman akan dibuat oleh Menteri Kerjaraya Malaysia sedikit masa lagi.

Semua pendaftaran baru perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pihak CIDB manakala bagi taraf bumiputra pula bakal kontraktor perlu berurusan dengan PKK dan WAJIB menghadiri kursus khas bagi melayakan mendapat taraf bumiputra PKK.