Sunday 20 January 2013

KURSUS PEMBAHARUAN TARAF BUMI PKK BERMULA

Satu siri kursus pembaharuan taraf Bumiputra bagi pemilik lesen G1-G7 akan berlangsung buat pertama kalinya di Selangor. Kursus ini adalah anjuran Pusat Khidmat Kontraktor Cawangan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Selangor. Siri kursus ini akan berlangsung di bilik mesyuarat PKK Selangor pada 22 Januari 2013.

Jumlah peserta pada setiap sesi adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Para kontraktor wajib menghadiri satu hari seminar tersebut yang mana melayakan pebaharuan taraf Bumiputera dan CCD point sebanyak 10 mata oleh CIDB Selangor.

Setiap kontraktor yang hadir diwajibkan berpakaian Formal, kemas dan menutup aurat.

No comments:

Post a Comment