Thursday 10 January 2013

SEMINAR ISU SEMASA CIDB

Satu seminar berkaitan TAKLIMAT ISU SEMASA CIDB BERSAMA KONTRAKTOR G1 akan meneruskan siri jelajahnya di Selangor yang merupakan kali ke enam dan yang terakhir selepas Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang & Kuala Langat, Klang, Gombak & Hulu Selangor. Daerah Petaling akan menjadi tuan rumah dan penutup tirai bagi siri jelajah berkenaan yang akan diadakan di Kompleks Taman Kesenian Islam Sek. 10. Shah Alam pada 14 Januari 2013 ini.

Kehadiran Pengarah CIDB Selangor Sr. Zaid Zakaria dan pegawainya En. Mat Said dalam setiap siri penerangan menunjukkan keperihatinan pihak CIDB Selangor dalam mendekati dan memahami masalah yang dihadapi oleh kontraktor khususnya di Selangor.

Sokongan kuat daripada AJK Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia negeri Selangor dan juga Pengerusi PKMM Daerah juga dapat dilihat dan turut sama mengikuti siri jelajah berkenaan.

Diharap seminar ini akan memperjelaskan berkenaan kelebihan dan kebaikan sistem 1 Roc yang telah dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment