Monday 10 June 2013

KURSUS KAD HIJAU UNTUK SEMUA PEKERJA SEKTOR PEMBINAAN

Selaras dengan Akta Parlimen 520 memperuntukan bahawa semua pekerja dan orang yang terlibat dengan sektor pembinaan wajib memiliki kad hijau sebelum layak memasuki kawasan pembinaan dan memulakan kerja.

Kelebihan yang diperolehi daripada Kad hijau ini adalah setiap pemilik syarikat dan pekerja tempatan atau warga asing diberi perlindungan insuran sekiranya berlaku sebarang musibah yang menimpa dan papampasan  akan diberikan kepada waris sekiranya pemilik kad hijau maut ketika sedang bekerja. Ini sedikit sebanyk dapat membela dan meringankan beban keluarga si mati untuk meneruskan kehidupan.

Jadi kepada semua pemilik syarikat yang masih tidak memiliki kad hijau atau pekerjanya masih tidak memiliki kad hijau pihak kami menyediakan kursus ini kepada anda dan kursus ini dikendalikan oleh CIDB.

Sekiranya anda ingin mengadakan kursus di tempat atau lokasi berhampiran kawasan anda, hanya perlu seramai 30 orang dan pihak kami akan menguruskan tarikh dan segala proses pendaftaran sehingga kad hijau anda diserahkan akan diuruskan oleh pihak kami. Sekiranya berminat sila hubungi 013 2446021 En. Azman untuk maklumat lanjut.

LESEN BARU G2-G7 PERLU BERSYARAT

Seiring dengan arus pemodenan dan permintaan terhadap kerjaya sebagai seorang kontrraktor kini telah diperkasakan. Dua agensi berkaitan sektor ini CIDB dan Pusat Khidmat Kontrktor PKK telah membuat satu garis panduan bagi memastikan hanya bakal kontrktor yang berkualiti sahaja yang akan bersama kontraktor sediada.

CIDB telah menetapkan beberapa syarat antaranya bakal kontrktor mesti sekurang-kurangnya mempunyai nilai projek sebanyak RM 700,000.00 sebelum layak mendapat sijik Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) di samping perlu melalui penilaian SKOR oleh CIDB. 

Manakala bagi PKK pula setiap bakal kontraktor baru mesti sudah memiliki SPKK sebelum layak untuk mengikuti kursus permohonan taraf bumiputera yang dikendalikan  oleh Biro Tatanegara. Selain itu setiap kursus Anjuran PKK juga melayakan anda mendapat mata CCD Point.